Status Tanah

Ada 2 status pemilikan tanah iaitu Hak Milik Bebas dan Hak Milik Pajakan. Oleh itu sebelum memiliki atau membeli adalah lebih baik mengetahui terlebih dahulu takrifan status tersebut.

Hakmilik Bebas (Freehold):

  • Kelebihan:
    • Kepemilikan yang kekal. Pemilik memegang hakmilik tanah secara kekal tanpa had masa.
    • Tiada keperluan bayaran tambahan atau memanjangkan kontrak.Antara kelebihan status tanah hakmilik bebas.
  • Kelemahan:
    • Harta yang statusnya hakmilik bebas boleh diwarisi, namun, pemilik bebas bertanggungjawab ke atas semua kos penyelenggaraan dan cukai tanah.Apabila status tanah hakmilik bebas
Hak Milik Bebas atau Hak Milik Pajakan

Hakmilik Pajakan (Leasehold):

  • Kelebihan:
    • Pemilikan hartanah untuk tempoh masa tertentu dan mengikut perjanjian.
    • Pemilikan ini biasanya lebih murah dan boleh juga mempunyai syarat-syarat pembelian yang lebih rendah.
  • Kelemahan:
    • Harta yang berstatus hakmilik pajakan akan kembali kepada pemilik asal selepas tamat tempoh pajakan, jika tiada perjanjian untuk memperbaharui atau memperoleh semula hakmilik. Diantara kelemahan status tanah hakmilik pajakan.
    • Peningkatan kadar pajakan atau bayaran tanah juga boleh berlaku.

info juga boleh di lihat di sini https://penyelesaianhartanahanda.blogspot.com/2016/08/antara-freehold-pegangan-milik-bebas.html

Oleh itu keputusan untuk memilih antara hakmilik bebas atau hakmilik pajakan bergantung kepada keperluan jangka panjang dan matlamat pemilik hartanah. Hakmilik bebas memberikan kestabilan pemilikan yang kekal, manakala hakmilik pajakan menyediakan pilihan yang lebih fleksibel tetapi terhad dalam jangka masa tertentu.

Iklan
Popular Post
Pertanyaan